Tanggungjawab

Assalamualaikum. Nama aku S. Pelajar lepasan ijazah di universiti awam. Aku akan cerita sedikit tentang latar belakang aku. Berumur awal 20 an. Mak dan ayah aku bercerai since aku umur 5 tahun.

Senang cerita family aku ni “broken family”. Tapi alhamdulillah aku membesar dengan pendidikan yang baik tapi masih struggle untuk jadi yang terbaik. Aku mempunyai 3 adik bradik kandung dan aku yang bongsu. Ada 3 adik2 lain mak yang masih bersekolah dan aku tinggal dengan ayah.

Bulan lepas, ayah aku ditimpa kemalangan, patah tulang punggung. Waktu tu aku rasa macam gelap sekejap dunia aku. Siapa yang tak sedih bila ayah sendiri terlantar di hospital. Tapi aku rasa lebih baik ayah berehat di hospital sebab ayah terlalu kuat bekerja, sampai tidur pon tak cukup demi membesarkan adik2 aku.

Bila keadaan ni terjadi, aku dah rasa semua tanggungjawab ada kat atas bahu aku. Dengan adik2 yang masih bersekolah, bil api air, belanja adik2 sekolah, barang2 dapur dan macam2 lagi la.

Dengan aku yang baru habis belajar, terkapai2 nak cari kerja yang stabil (sementara waktu ni aku kerja biasa2 dulu demi nak bantu ayah). Setakat ni aku sorang yang boleh bantu ayah aku mana yang patut. Kakak aku dah berkahwin, suri rumah sepenuh masa. Abang aku… Malas aku nak cerita.

Aku kadang2 penat. Tersangat penat. Aku tak ambil cuti sebab aku takut tak cukup duit untuk tampung semuanya. Aku pergi kerja nampak macam aku happy, tapi dalam hati aku Allah je yang tahu.

Aku ikhlas buat semua ni untuk ayah. Aku sayang dia. Aku cuma penat sebab aku tak cerita dengan sesiapa. Kepala aku rasa nak meletup bila fikir semua ni. Tapi demi Allah aku ikhlas.

Aku buat confession ni cume untuk dapatkan kata2 semangat dari semua readers dalam iium confession ni. Doakan aku kuat, doakan aku murah rezeki seperti air laut yang mengalir. Doakan ayah aku sihat seperti sediakala.

Thanks in advance…

– Miss S (Bukan nama sebenar)

Kongsi Post Ini

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Kongsikan Bersama Kami

Kongsikan kisah anda bersama kami

Baca Lagi

Liputan

Kunjungan Hormat Wanita ISMA

ZuriatCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Wanita ISMA yang diketuai oleh Ustazah Suriani Sudi yang menyatakan hasrat untuk mengadakan

Mereka Memerlukan Anda

Setiap sumbangan anda amat bermakna buat mereka. Mereka amat memerlukan bantuan dan dorongan, khususnya daripada komuniti disekeliling mereka. Bantulah mereka.