Sekitar Program TOT Projek IMPRESS

Sekitar Program TOT bagi Projek IMPRESS anjuran Malaysians Against Pornography (MAP).

Projek komuniti IMPRESS (Ibu Bapa Memantau Pendidikan Reproduktif, Seksualiti dan Sosial Anak-Anak) merupakan satu modul yang dibina bagi sesebuah keluarga dengan memberi penekanan kepada 2 aspek utama iaitu:

1. Membantu ibubapa dalam memberi penerangan kepada anak-anak mengikut peringkat umur tentang pendidikan seksualiti, pendidikan rahsia/ruang peribadi, ancaman dunia siber dan pornografi dan langkah-langkah intervensi bagi membendung masalah ketagihan.

2. Memberi penerangan kepada anak-anak tentang pendidikan seksualiti, mengenali perasaan mereka, mengenal pasti sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat, ancaman dunia siber dan bahaya pornografi.

Turut diberi penekanan sepanjang sesi TOT adalah pemerkasaan institusi kekeluargaan di mana pembinaan keluarga sakinah memerlukan komitmen yang tinggi berdasarkan adunan ilmu, iman, akhlak dan sosial yang harmoni. Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau dan membimbing anak-anak agar mereka tidak berasa terabai dan melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam kancah permasalahan sosial.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan menjadi saham di akhirat kelak.

Kongsi Post Ini

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Kongsikan Bersama Kami

Kongsikan kisah anda bersama kami

Baca Lagi

Liputan

Kunjungan Hormat Wanita ISMA

ZuriatCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Wanita ISMA yang diketuai oleh Ustazah Suriani Sudi yang menyatakan hasrat untuk mengadakan

Mereka Memerlukan Anda

Setiap sumbangan anda amat bermakna buat mereka. Mereka amat memerlukan bantuan dan dorongan, khususnya daripada komuniti disekeliling mereka. Bantulah mereka.