“Without volunteers, we’d be a nation without a soul.”
– Rosalynn Carter
Semangat kesukarelawan di kalangan para mahasiswa perlu dipupuk supaya kelak mereka mampu menjadi pemimpin masyarakat yang memiliki peribadi unggul serta kemahiran insaniah yang dapat membantu membina masa hadapan negara yang lebih baik. Sejajar dengan itu, Program Insan Budiman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang telah dijalankan pada 16 Oktober 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia yang lalu dilihat mampu menjadi platform yang terbaik untuk mahasiswa melibatkan diri dalam program kesukarelawanan.
Kesukarelawanan Merentas Sempadan
Di Malaysia, terdapat pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam melaksanakan pelbagai misi dan aktiviti sukarelawan kepada komuniti yang berkeperluan khas seperti gelandangan, pelarian, ibu tunggal, OKU, anak kecil yang terabai, anak yatim dan warga emas, serta yang berkait rapat dengan haiwan dan kelestarian alam sekitar.
Justeru bersempena dengan Program Insan Budiman kali ni, 10 badan NGO telah berganding bahu dalam menjayakan misi Modul 4 : Kesukarelawanan dan Tanggungjawab Sosial Korporat. Penglibatan daripada mahasiswa pula amat memberansangkan di mana hampir 350 mahasiswa terlibat sepanjang sesi program ini. Senarai NGO yang terlibat ialah :
- ZuriatCARE
- Yayasan Hijau Malaysia
- Majlis Belia Malaysia (BELIA)
- Amal Team
- Vision Meps Consultant (CSR)
- Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
- Adap Youth Garage (ABIM)
- Institut Onn Jaafar (IOJ)
- Kucing Jalanan My
Selain daripada sesi ‘pitching’ oleh pelajar yang mewakili badan NGO masing-masing, program ini turut diserikan lagi dengan aktiviti penanaman dan perapian pokok di sekitar kawasan fakulti. Semangat kerjasama dan saling bantu membantu di kalangan mahasiswa dalam menyelesaikan tugasan dapat dilihat sepanjang sesi ini dijalankan.
Sesi ‘Ice Breaking’ & ‘Pitching’
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif utama iaitu memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang semangat kesukarelawanan dan mempertingkatkan kemahiran kendiri dan daya fikir.
Semoga Program Insan Budiman ini dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa dan generasi muda yang cakna dan prihatin kepada masyarakat dan persekitaran serta tidak lokek untuk menyumbang ilmu, tenaga dan bakti tanpa mengira bangsa dan agama.