Tentang Kami

Mengenai Kami?

Yayasan ZuriatCARE (no. pendaftaran PPAB-30/2020) merupakan sebuah yayasan amal pertama yang ditubuhkan di bawah Awqaf Holdings Berhad (AWQAF) dengan satu matlamat yang jelas iaitu memupuk kesedaran dan kepentingan mengenai perlindungan nyawa (hifz al-nafs) dan memelihara nasab keturunan (hifz al-nasb) serta kepentingan zuriat sebagai pewaris generasi akan datang khususnya kepada umat Islam di Malaysia.

Pada awalnya, ZuriatCARE adalah sebuah tabung amal kebajikan khas yang telah dilancarkan pada 21 Jun 2015 bagi membantu membendung gejala bayi terbuang dan golongan tersasar arah iaitu remaja hamil luar nikah supaya kembali semula ke pangkuan masyarakat tanpa ada stigma.

Berteraskan slogan “Lindungi Nasab Pelihara Nasib”, Yayasan ZuriatCARE kini sedaya upaya mencuba untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin, cakna dan bersatu dalam memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi isu yang berkaitan remaja dan bayi terbuang serta isu kesihatan mental. 

Yayasan ZuriatCARE sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada mana-mana agensi sama ada kerajaan mahupun swasta, individu, persatuan dan pertubuhan NGO lain bagi sama-sama berganding bahu bersatu tenaga dalam menjayakan hasrat murni ini.

Visi

Menyempurnakan aspirasi MAQASID SYARIAH khususnya dalam

perlindungan nyawa (hifz al-nafs) dan pemeliharaan keturunan (hifz al-nasb).

Misi

Memupuk dan menyebarluaskan kesedaran betapa pentingnya zuriat sebagai pewaris generasi kini, dan juga natijah seandainya zuriat ini tidak dijaga dengan sebaiknya.

 

Menghasilkan modul intervensi sebagai panduan buat ibu-ibu hamil anak luar nikah. Disamping itu, pihak ZuriatCARE juga mengadakan seminar kepada sekolah dan institusi pendidikan dalam mendidik serta mencegah mereka daripada terlibat dengan gejala sosial.

Berkolaborasi dengan kementerian, agensi dan NGO dalam menangani masalah ibu hamil anak luar nikah dan pembuangan bayi.

Menerima segala sumbangan daripada individu mahupun syarikat yang mempunyai misi yang sama dalam mencegah kes pembuangan bayi dan ibu hamil anak luar nikah.

Sumbangan ini seterusnya akan disalurkan kepada mana-mana ibu dan rumah perlindungan yang memerlukan.

Carta Organisasi ZuriatCARE

Pengasas

Tan Sri Datin Paduka Siti Sadiah Sheikh Bakir

Pn Sri Noorzilah Mohammed Ali

Ahli Pemegang Amanah

Pn Sri Noorzilah Mohammed Ali

Tn Hj Mohammad Sahar Mat Din

Pn Alia Muhammad Ali

Pn Azizah Abdul Rahman

En Abdul Mohsein Mohd Shariff

Pengerusi

Pn Alia Muhammad Ali

Ahli Jawatan Kuasa dan Eksekutif

Cik Shahira Farhani Khairillah Hasym

Setiausaha

Cik Khairunnisa Mazlan

Kewangan

Pn Amy Nadzlina Mohammad

Pembangunan Ekonomi & Dana

Setiap insan pernah tersilap langkah dan adakalanya tersasar arah. Begitu juga dengan golongan remaja terlanjur hamil ini. Mereka memerlukan sokongan dan sinar harapan untuk kembali bangkit dan berubah.

Alia Muhammad Ali

Pengerusi ZuriatCARE

Mereka Memerlukan Anda

Setiap sumbangan anda amat bermakna buat mereka. Mereka amat memerlukan bantuan dan dorongan, khususnya daripada komuniti di sekeliling mereka. Bantulah mereka.