ZuriatCARE berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Wanita ISMA yang diketuai oleh Ustazah Suriani Sudi yang menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama dengan ZuriatCARE bagi aktiviti sosial agar masyarakat di luar sana lebih cakna tentang isu dan permasalahan pembuangan bayi.
Peluang kerjasama ini disambut baik oleh ZuriatCARE yang melihat Wanita ISMA selaku badan NGO yang aktif dalam memperkasakan institusi kekeluargaan melalui pelbagai aspek terutamanya dalam isu-isu semasa yang melibatkan peranan wanita Islam. Antara cadangan kolaborasi adalah pelaksanaan kempen kesedaran secara besar-besaran di seluruh negera dan program-program yang dapat memberi impak kepada pembentukan jati diri remaja serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak selaras dengan garis panduan dalam Islam.