Bersama sertai kami dalam misi mengurangkan kes pembuangan bayi serta mendidik mereka yang hamil luar nikah.
Bersama kita membentuk komuniti perihatin dalam melindungi nasab dan memelihara nasib ibu dan bayinya.
Sertai kami sebagai sukarelawan dan bersama melaksanakan misi melindungi nasab dan memelihara nasib mereka yang memerlukan
Berminat untuk menjadi rakan kongsi kami dalam menangani masalah anak tidak sah taraf dan ibu hamil luar nikah?
Kami amat mengalu-alukan mana-mana NGO, Rumah Pengasih atau organisasi yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan pihak kami.
Ada beberapa manfaat yang bakal anda peroleh apabila menyertai kami dalam misi memelihara nasib dan nasab.
Rakan kongsi dan organisasi bakal mendapat pelepasan cukai dibawah program CSR organisasi anda.
Memupuk dan memberi kesedaran kepada komuniti sekeliling anda.
Memberi impak kepada komuniti, khususnya kepada mereka yang memerlukan.
Ayuh bersama dalam menjayakan misi ZuriatCARE. Pelihara nasib, lindungi nasab.
ZURIAT CARE
AWQAF HOLDINGS BERHAD (1015578-X)
18-1, Jalan Serambi U8/24, Seksyen U8, D’Bayu, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.